Monday, 17 August 2015

Demam Kuning dan Penawarnya....

Al Kisahnya begini....
Ju mula melahirkan baby no.2 namanya Muhammad Aqeef Hafiz B. Azhar. Alhamdulillah bersalin secara normal di HUSM Kubang Kerian, Kelantan dengan berat baby 3.19 Kg...Hari pertama memang baby tak nampak ciri-ciri kena demam kuning atau jaundis...tup-tup nurse yang datang melawat yang suruh Ju bawa baby pergi check bacaan kat klinik. Keesokan pagi pergi check bacaan bilirubin baby 230...mak ai..tingginya bacaan. Macam biasa esok pun pergi klinik ibu dan anak pi check lagi bacaan. kali ni naik lagi jadi 270... Bila bacaan dah naik macam tu mulalah gelabah google sana sini cari petua, tanya semua orang dan last skali cuba dan ikhtiar cara tradisional iaitu mandi air rebusan daun inai..
Macam biasa la esok pi check lagi di klinik dengan harapan bacaan akan turun la kalau boleh terus jadi normal..bila tengok bacaan kali ni jadi 304...doktor suruh ju  dan baby masuk wad tapi ju rasa nak ikhtiar lagi...rasa kesian baby panas duk bawah lampu UV. sebelum ni memang ju takde pengalaman anak kuning duk bawah lampu. Alhamdulillah kuning anak pertama cepat turun...
balik rumah ni pi beli anggur hitam..cuba titik air anggur kat mulut baby..perah dalam sebiji skali minum. dah jadi macam rutin harian dah esok macam biasa pi check lagi kuning baby...306..bila dah naik macam ni tinggi hati mula la gelisah..last choice ju terpaksa juga relakan baby masuk wad dan duk bawah lampu UV.

Bila balik dari klinik dengan berbekalkan surat daripada doktor untuk masuk ke HUSM..kat HUSM ju minta nak masuk wad skali dengan baby. Alhamdulillah dapat masuk sebab ada katil kosong dan ju pula fully breastfeeding baby. Bila dah masuk wad baby diletakkan bawah lampu UV. nurse pesan jangan kerap angkat baby nanti tak effective la sinar UV tu..kalau boleh 3 jam sekali angkat baby bagi menyusu badan. bagi menyusu kenyang-kenyang pastu letak balik bawah lampu..

Alhamdulillah sekali lagi baby duk bawah lampu sebelah dengan katil ju. bila tengok baby duk bawah lampu UV tu sebenarnya baby rasa selesa sebab bukannya panas betul macam kena panggang..suhunya macam suam-suam.bukan main selesa lagi baby tido siap tak nak bangun bila dah 3 jam berlalu..ish2..sebelum ni ju tersilap tafsir la. dulu ingat kalau baby duk bawah lampu alahai kesiannya macam kena panggang. SEBENARNYA tak pun...yang penting baby duk bawah lampu tahap jaundisnya akan berkurang dan memberi kebaikan pada baby. Baby masuk wad mommy kat luar sana janganlah bimbang tau sebab doktor dan nurse akan check dan pantau baby dengan kerap. baby kuning dalam umur 14 hari sangat bahaya dan boleh menyebabkan ada masalah dengan otak. mommy kat luar sana tolonglah izinkan baby duk bawah lampu UV dan jangan la berfikiran negatif...kalau bacaan bilirubin 400 ke atas baby dah kena tukar darah tau. ni lagi kesian dan sangat sakit..kalau boleh elakkan bacaan ke paras 400..

bila duk di wad pada umur baby 5 hari...setiap pagi darah baby akan diambil dan di check di makmal untuk mendapatkan bacaan bilirubin..turun pun tak banyak tapi bacaan bawah 300.
jeng..jeng... ni nak kongsi penawarnya yang secara kebetulan berkesan...
ju dengan tidak sengaja pi minum air coklat panas yang dibeli pada mesin air kat hospital. tu pun ayah ju yang tolong belikan. malam tu ya Allah susu badan ju banyak sangat...terpikir jugak..boleh jadi minum coklat ni dapat memperbanyakkan susu ibu...bila air susu banyak sangat, baby minum dengan kenyang sangat. Alhamdulillah itu perkataan yang tidak dapat digambarkan perasaan ju masa tu..sebelum ni susu tidak la sebanyak tu macam boleh la...keesokan tu bacaan bilirubin terus turun mendadak la...Alhamdulillah bila bacaan 208 baru la ju dan baby boleh keluar wad. jadi PENAWARNYA susu ibu memang dapat menurunkan bacaan bilirubin dengan cepat...so nak perbanyakkan susu ibu, mommy kat luar tu ikhtiar la dengan minuman coklat panas. Insya Allah dengan izin Allah menjadi la tu...

lepas balik dari hospital terus la ju pi serbu hypermarket beli minuman coklat malt je..tu pun dah cukup untuk milk booster tau...
ju harap sape yang kurang susu boleh la cuba minuman bercoklat.. ju beli minuman coklat malt Madina di Pasar raya Utama di Kangar. harganya murah sangat RM 13.90 (1 Kg).. sekarang ni pun ju masih mengamalkan minuman coklat panas sekali sehari dan susu pun Alhamdulillah makin banyak dan sekarang gigih pam susu untuk buat stok baby nak hantar ke taska bila dah abis cuti bersalin...

No comments:

Post a Comment

Demam Kuning dan Penawarnya....

Al Kisahnya begini.... Ju mula melahirkan baby no.2 namanya Muhammad Aqeef Hafiz B. Azhar. Alhamdulillah bersalin secara normal di HUSM Kub...